Thursday 21 July 2011

Penduduk serah memo isu kuil 


SHAH ALAM - Tiada sebarang alasan boleh diterima penduduk Taman Lagenda Suria, Hulu Langat bagi mewajarkan pembinaan kuil di kawasan perumahan itu. 

Ini kerana hampir semua penduduk di kawasan perumahan di Batu 12, Jalan Hulu Langat itu beragama Islam. 

Penyelaras bantahan penduduk Hulu Langat, Johari Seman, 54, berkata, dia yang mewakili kira-kira 500 penduduk menentang keras pembinaan kuil itu. 

Beliau mendakwa, tindakan membantah pembinaan kuil itu juga disokong lebih 5,000 penduduk di kawasan perumahan berhampiran. 

“Pembinaan kuil ini seperti tidak menghormati dan tidak sensitif terhadap penduduk di situ yang majoritinya beragama Islam,” katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Menurutnya, penduduk beragama Hindu di situ hanya kira-kira 30 orang sahaja, selain sudah wujud beberapa kuil di kawasan Hulu Langat. 

Johari berkata, kewujudan kuil berkenaan menjadi tanda tanya apabila difahamkan kelulusan pembinaannya tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan. 

“Ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk lebih-lebih lagi mereka yang tinggal berhampiran rumah ibadat berkenaan. 

“Kami hairan kenapa ia boleh dibina sedangkan ia belum mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj),” katanya. 

Oleh itu menurutnya, satu memorandum diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin di Pejabat Menteri Besar, semalam. 

Sementara itu Faekah berkata, pihaknya akan mengadakan siasatan terhadap bantahan tersebut.

2 comments:

  1. Bantahan kuil di Hulu Langat telah setahun berlalu tiada apaapa tindakan sehingga hari ini, malah pembinaan yang dikatakan belum dilulukan oleh pihak PBT terus bejalan dan berbagai bagai aktiviti juga telah dijalankan, sementara orang orang yang bertanggung jawab sebuk berpolitik dan menabur janji janji manis malah takut untuk kedepan menyatakan bebenaran bahawa diHulu Langat ini tidak sepatut nya ada KUIL HINDU sebesar 10 ribu kaki persegi,saya ingin menyeru pada seluruh umat Islam khas nya di Hulu Langat bangun lah,bangkit lah dan sedar lah demi masa depan generasi yang akan datang kita akan dipersoalkan mengapa kita tidak berjuang sebelum ianya ditegak kan.Janji dari Y.B. TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR
    PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN untuk mencari tapak lain sebagai ganti hanya lah sebagai kata kata politik.Kami tidak pernah melupakan kata kata dan janji Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin untuk menyelesaikan perkara ini walau pun mengambil masa,tapi nampak nya seperti melepas batuk ditangga bukti nya sehingga hari ini pembangunaan kuel hindu tetap berjalan tampa ada apa apa pemantawan walau pun kelulusan membina belum dikeluarkan dari pihak PBT.Itu lah kata kata yang selalu di ucapkan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang EN.MOHD SANY HAMZAN i ngatlah ini adalah tanggungjawab bersama,kami akan tetap membuat bantahan semangat kami tidak pernah luntur untuk berjuang
    Takbir!!!......









    p

    ReplyDelete
  2. Blog ni dah lama tidak berfungsi 7 tahu telah berlalu dan kita pun sibuk melayan lagu2 berbagai irama menjelang subuh magrib dan pada hari2 petayaan yang lain...t.kasih semua

    ReplyDelete